Friday, May 2, 2014
Dr Jekyll and Mr.Hyde..
Aku teringat semasa zaman sekolah menengah dulu. Terdapat cerita jika tidak silap aku di dalam buku teks literature yang bertajuk dr.jekyll and mr. Hyde. Dua watak yang berbeza tetapi di dalam satu jasad. Bila siang ianya menjadi baik dan malam pula bertukar jahat.
Begitu pula sifat manusia. angin bertukar mengikut situasi. Kejadian siang dan malam, Bulan dan matahari, nafsu dan iman, alam maya dan juga realiti. Semuanya tidak sama. Sama-samalah kita bermuhasabah diri. Terkadang diri ini berasa malu bila terkenangkan dosa yang pernah dilakukan. Akan tetapi nafsu yang mendorong terlalu kuat sehingga selalu tewas dan terus melakukan dosa lagi dan lagi. Tidak dinafikan perkara ini berlaku kepada setiap manusia. Begitu jugalah halnya dengan aku.
Adakah malam pertama di alam kubur itu seindah malam pertam di alam perkahwinan. Bagaimana dengan nasib kita bila bertemu kepada pemilik Arsh dan Kursi? Bagaimana dengan laluan titian sirat? bagaimana pengakhiran hidup kita? adakah husnul khatimah atau su'ul Khatimah? tiada siapa yang mampu menjawabnya.
Wednesday, April 2, 2014
Keadilan menurutmu.
Keadilan itu apa menurutmu? jika Sabra & Shatila habis kau cincang. Keadilan itu apa menurutmu? jika ada manusia yang tidak berdosa meminta Majlis Ulama mengeluarkan fatwa untuk menghalalkan daging manusia untuk diratah. Keadilan itu apa menurutmu? bila seluruh dunia menudingmu kau kata kedaulatanmu sedang dicabar. Keadilan itu apa menurutmu? Bila seluruh dunia mengutukmu kau katakan kau cuma menjalankan tugas menghapuskan pengganas.
Apa keadilan menurutmu? Bila parti rakyat dipilih, kau kata pemimpin tidak bersih. Darah pejuang habis kau simbah. Kau kata ini semua salah pengikut Tuhan empunya Kaabah.
Subscribe to:
Comments (Atom)