Friday, May 2, 2014

Dr Jekyll and Mr.Hyde..

Aku teringat semasa zaman sekolah menengah dulu. Terdapat cerita jika tidak silap aku di dalam buku teks literature yang bertajuk dr.jekyll and mr. Hyde. Dua watak yang berbeza tetapi di dalam satu jasad. Bila siang ianya menjadi baik dan malam pula bertukar jahat. Begitu pula sifat manusia. angin bertukar mengikut situasi. Kejadian siang dan malam, Bulan dan matahari, nafsu dan iman, alam maya dan juga realiti. Semuanya tidak sama. Sama-samalah kita bermuhasabah diri. Terkadang diri ini berasa malu bila terkenangkan dosa yang pernah dilakukan. Akan tetapi nafsu yang mendorong terlalu kuat sehingga selalu tewas dan terus melakukan dosa lagi dan lagi. Tidak dinafikan perkara ini berlaku kepada setiap manusia. Begitu jugalah halnya dengan aku. Adakah malam pertama di alam kubur itu seindah malam pertam di alam perkahwinan. Bagaimana dengan nasib kita bila bertemu kepada pemilik Arsh dan Kursi? Bagaimana dengan laluan titian sirat? bagaimana pengakhiran hidup kita? adakah husnul khatimah atau su'ul Khatimah? tiada siapa yang mampu menjawabnya.

Wednesday, April 2, 2014

Keadilan menurutmu.

Keadilan itu apa menurutmu? jika Sabra & Shatila habis kau cincang. Keadilan itu apa menurutmu? jika ada manusia yang tidak berdosa meminta Majlis Ulama mengeluarkan fatwa untuk menghalalkan daging manusia untuk diratah. Keadilan itu apa menurutmu? bila seluruh dunia menudingmu kau kata kedaulatanmu sedang dicabar. Keadilan itu apa menurutmu? Bila seluruh dunia mengutukmu kau katakan kau cuma menjalankan tugas menghapuskan pengganas. Apa keadilan menurutmu? Bila parti rakyat dipilih, kau kata pemimpin tidak bersih. Darah pejuang habis kau simbah. Kau kata ini semua salah pengikut Tuhan empunya Kaabah.

Thursday, March 8, 2012

syahid di jalan Allah adalah pilihan pertama!


Umair bin Abi Waqqas merupakan adik kepada Saad bin Abi Waqqas R.A yang telah memeluk Islam sejak awal lagi. Semasa berlaku Perang Badar, Umair secara senyap telah menyertai peperangan tersebut. Hazrat Sa'ad kehairanan melihat perlakuan adiknya yang berjalan secara bersilang seperti perlakuan orang yang sedang menyembunyikan diri dari pandangan orang lain. Lalu hazrat Sa'ad pun bertanya; "aku berasa hairan dengan perlakuan kamu itu, mengapakah kamu berjalan seperti cuba menyembunyikan diri dari sesuatu?"


lalu Umair menjawab, "Saya takut Rasulullah S.A.W akan melihat saya lalu menyuruh saya pulang dan melarang saya daripada menyertai peperangan ini kerana saya ini masih kecil. Saya ingin sekali menyertai peperangan. Mudah-mudahan Allah akan mengurniakan saya kesyahidan dalam apa cara sekalipun".


Akhirnya tibalah saat pasukan tentera diperiksa oleh Nabi. Rasulullah telah terpandang akan kehadiran Umair, lalu baginda telah menyuruh hazrat Umair untuk ppulang sahaja kerana umur beliau masih terlalu muda pada masa itu. Walaubagaimanapun kesungguhan dan keinginan hazrat Umair untuk menyertai peperangan semakin membuak-buak sehingga beliau mennangis dengan kuat.


setelah Rasulullah S.A.W mengetahui keghairahan dan tangisan Umair, lalu baginda pun membenarkan beliau menyertai peperangan tersebut. Hazrat Umair sangat gembira keran telah dapat bersama-sama dengan tentera muslimin di Perang Badar. Impian beliau untuk syahid juga telah tercapai apabila beliau gugur di medan peperangan.


Hazrat Sa'ad berkata; "disebabkan badannya yang kecil dan pedanganya yang besar, saya terpaksa menyimpulkan tali dipingganya beberapa kali supaya pedangnya tinggi sedikit". lihatlah bagaimana kesungguhan anak-anak Islam apabila tiba seruan jihad. Ada diantara mereka telah beberapa kali di suruh pulang kerana masih lagi terlalu muda untuk menyertai peperangan, namun mereka masih tidak berputus asa untuk mendapat tempat dikalangan para tentera muslimin semata-mata untuk mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah SWT.

Hazrat Umair R.A ghairah menyertai perang

Semasa peperangan Khaibar, terdapat seorang hamba yang dimiliki oleh Hazrat Abu Lahm R.A yang masih kecil. Hamba cilik tersebut bernama Umair. Ketika seruan jihad dilanungkan Rasulullah S.A.W untuk menentang tentera kafir di peperangan Khaibar, Hazrat Umair ingin menyertai peperangan tersebut tetapi bimbang jika Rasulullah s.a.w tidak membenarkannya kerana pada masa itu beliau berumur di bawah 15 tahun.


Oleh itu tuan kepada si cilik Umair telah ppergi bertemu Rasulullah S.A.W dan menyatakan hasrat Umair yang mahu menyertai peperangan Khaibar. Rasulullah lalu mengizinkan beliau, Rasulullah S.A.W juga memberikan Umair sebilah pedang yang kemudiannya digantung di lehernya. Oleh kerana badan Umair ketika itu masih kecil, Pedang tersebut terheret ke bumi. Namun berkat kesungguhan dan keyakinan beliau dalam berjihad di jalan Allah, beliau akhirnya berjaya untuk terus selamat di medan perang. Begitulah kesungguhan anak-anak umat Islam semasa zaman Rasulullah S.A.W. mereka berlumba-lumba untuk menyertai peperangan walaupun mereka belum cukup layak untuk menyertai peperangan. Namun apabila teringatkan janji-janji Allah dan juga ganjaran syahid, mereka sanggup untuk mengorbankan nyawa mereka demi menegakkan ajaran islam.