Semasa peperangan Khaibar, terdapat seorang hamba yang dimiliki oleh Hazrat Abu Lahm R.A yang masih kecil. Hamba cilik tersebut bernama Umair. Ketika seruan jihad dilanungkan Rasulullah S.A.W untuk menentang tentera kafir di peperangan Khaibar, Hazrat Umair ingin menyertai peperangan tersebut tetapi bimbang jika Rasulullah s.a.w tidak membenarkannya kerana pada masa itu beliau berumur di bawah 15 tahun.
Oleh itu tuan kepada si cilik Umair telah ppergi bertemu Rasulullah S.A.W dan menyatakan hasrat Umair yang mahu menyertai peperangan Khaibar. Rasulullah lalu mengizinkan beliau, Rasulullah S.A.W juga memberikan Umair sebilah pedang yang kemudiannya digantung di lehernya. Oleh kerana badan Umair ketika itu masih kecil, Pedang tersebut terheret ke bumi. Namun berkat kesungguhan dan keyakinan beliau dalam berjihad di jalan Allah, beliau akhirnya berjaya untuk terus selamat di medan perang. Begitulah kesungguhan anak-anak umat Islam semasa zaman Rasulullah S.A.W. mereka berlumba-lumba untuk menyertai peperangan walaupun mereka belum cukup layak untuk menyertai peperangan. Namun apabila teringatkan janji-janji Allah dan juga ganjaran syahid, mereka sanggup untuk mengorbankan nyawa mereka demi menegakkan ajaran islam.
No comments:
Post a Comment