Thursday, March 8, 2012

syahid di jalan Allah adalah pilihan pertama!


Umair bin Abi Waqqas merupakan adik kepada Saad bin Abi Waqqas R.A yang telah memeluk Islam sejak awal lagi. Semasa berlaku Perang Badar, Umair secara senyap telah menyertai peperangan tersebut. Hazrat Sa'ad kehairanan melihat perlakuan adiknya yang berjalan secara bersilang seperti perlakuan orang yang sedang menyembunyikan diri dari pandangan orang lain. Lalu hazrat Sa'ad pun bertanya; "aku berasa hairan dengan perlakuan kamu itu, mengapakah kamu berjalan seperti cuba menyembunyikan diri dari sesuatu?"


lalu Umair menjawab, "Saya takut Rasulullah S.A.W akan melihat saya lalu menyuruh saya pulang dan melarang saya daripada menyertai peperangan ini kerana saya ini masih kecil. Saya ingin sekali menyertai peperangan. Mudah-mudahan Allah akan mengurniakan saya kesyahidan dalam apa cara sekalipun".


Akhirnya tibalah saat pasukan tentera diperiksa oleh Nabi. Rasulullah telah terpandang akan kehadiran Umair, lalu baginda telah menyuruh hazrat Umair untuk ppulang sahaja kerana umur beliau masih terlalu muda pada masa itu. Walaubagaimanapun kesungguhan dan keinginan hazrat Umair untuk menyertai peperangan semakin membuak-buak sehingga beliau mennangis dengan kuat.


setelah Rasulullah S.A.W mengetahui keghairahan dan tangisan Umair, lalu baginda pun membenarkan beliau menyertai peperangan tersebut. Hazrat Umair sangat gembira keran telah dapat bersama-sama dengan tentera muslimin di Perang Badar. Impian beliau untuk syahid juga telah tercapai apabila beliau gugur di medan peperangan.


Hazrat Sa'ad berkata; "disebabkan badannya yang kecil dan pedanganya yang besar, saya terpaksa menyimpulkan tali dipingganya beberapa kali supaya pedangnya tinggi sedikit". lihatlah bagaimana kesungguhan anak-anak Islam apabila tiba seruan jihad. Ada diantara mereka telah beberapa kali di suruh pulang kerana masih lagi terlalu muda untuk menyertai peperangan, namun mereka masih tidak berputus asa untuk mendapat tempat dikalangan para tentera muslimin semata-mata untuk mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah SWT.

No comments:

Post a Comment